Hubungan Suami Isteri

Hubungan suami isteri baik zahir mahupun batin telahpun ditetapkan Allah dan hadis Rasulullah bagaimana kaedah yang harus diikuti oleh suami dan isteri dalam mengharungi kehidupan hubungan suami isteri. Seorang lelaki mahupun perempuan yang akan menjadi pasangan suami isteri harus memahaminya untuk mendapat hubungan suami isteri baik dan bahagia. Seperti dalam kuliah Ustaz Azhar Idrus membicarakan mengenai pelbagai perihal hubungan suami isteri.

Ustaz Azhar Idrus menjelaskan Allah memberikan kebebasan sepenuhnya kepada suami dan isteri dalam mengauli sesama mereka melalui hubungan suami isteri melainkan menerusi dubur. Selain dari itu, hubungan suami isteri harus dan dibolehkan untuk kepelbagaian mereka bersuka.

Ustaz Azhar Idrus juga menegaskan kepada suami bahawa tugas mendidik isteri adalah terletak sepenuhnya kepadanya. Isteri harus difahamkan suami mengenai fardu ain. Suami harus belajar untuk menjadikan dirinya berilmu untuk mendidik isteri perkara yang terdapat dalam Islam mengenai keadaan, kaedah, cara dan lain-lain berkaitan hubungan suami isteri.

Kepentingan ilmu adalah sangat dituntutkan kepada mereka yang menjadi suami dan bakal untuk menjadi suami.

 

Untuk mengembalikan kebahagiaan rumahtangga hubungan suami isteri ini merupakan perkara yang subjektif dan berbeza-beza antara setiap pasangan suami isteri. Oleh yang demikian para suami haruslah memahami hakikat seseorang wanita atau isteri itu sendiri. Dengan memahami sifat dan fitrah seseorang wanita atau isteri, maka suami akan lebih tenang dan bijak dalam menangani permasalahan yang mungkin timbul dalam kehidupan mereka. Apabila suami bijak menangani segala permasalahan yang timbul dalam hubungan suami isteri itu akan menjadikan rumahtangga aman.

Hubungan suami isteri yang baik akan menjanjikan kebahagiaan sebenarnya.

Soalan Mengenai Hubungan Suami Isteri

Salam ustaz/ustazah, sy ingin bertanya mengenai “Istimta”. Sekiranya isteri dalam keadaan haid, apakah yg dimaksudkan isteri harus memberi kepuasan/kenikmatan kepada suami bagi mengelakkan kemudharatan yg lebih besar?mohon pencerahan. Syukran

Waalaikumusalam,

Istimta’ bermaksud berseronok-seronok antara suami dengan isteri.Dalam masa isteri sedang haid,Suami dilarang melakukan jimak dengan isteri.Ini bermakna kawasan larangan yang perlu dipatuhi oleh suami ialah di antara pusat dengan lutut.

Oleh kerana,kadangkala terdapat di kalangan suami yang mempunyai nafsu seks cukup tinggi menyebabkan mereka sukar untuk menguruskan dengan cara berkesan.Jika sekiranya suami ingin melakukan onani/melancap dengan menggunakan tangan sendiri bagi tujuan mengeluarkan air mani ia adalah haram malah ditegah oleh ugama Islam.

Sehubungan dengan itu ulamak telah memberi kebenaran /keharusan kepada isteri untuk melancap zakar suami sehingga keluar air mani,tetapi dengan syarat dengan keredaan Isteri.Inilah yang dikatakan berseronok-seronok/istimta’ sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulamak.Maka ia tidak haram malah diharuskan asalkan bukannya tangan suami yang melakukan onani sebaliknya menggunakan tangan isteri.Wallahu a’lam.

sumber tanyalah ustaz

mengembalikan bahagia hubungan suami isteri

Cari Produk Bahagia Suami Isteri Di Sebelah Kanan Blog Ini Ya

Hubungan suami isteri yang baik dan betul mampu memberikan ketenangan dalam kehidupan pasangan suami isteri.

Sama-samalah kita menjaga dan memelihara serta berusaha untuk mendapatkan hubungan suami isteri yang baik dan mendapat hidayah dari Allah

In sha Allah